Saturday, 20 August 2011

masa yang pantas berlalu...



tup tap tup tap..... 
skarang ni dah masuk hari ke 21 kite berpuase...
skang ni lah mase yang paling dinanti2kan...
di mana kita semua menantikan malam LAILATUL QADAR...
iaitu di kesepuluh malam terakhir,,,



Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. 


Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut..
akan mendapat rahmat yang dijanjikan...
terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29...
Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut..
untuk menemui malam Lailatulqadar ..
akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu..
samada ia dapat menemui atau tidak.....
dan tidak melihat apa-apa..
kerana yang penting yang tersebut,


di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
  1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
  2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
  3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Sebelum kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar...
seharusnyee kita bertaubat dengan sebenar-benarnya..
iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah... 
tetap teguh mengerjakan suruhan Allah 
dan meninggalkan segala larangannya.
Terdapat juge daripada segelintir para alim ulamak r.h. menyebutkan..


beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
  •  Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.   
Imam Tabari r.h yang memilih kaul juga telah menegaskan bahawa semuanya tidak semestinya dapat melihatnya kerana tidaklah disyariatkan untuk melihat dan mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatulqadar. 


oleh itu di akhir2 ramadhan ini sama2lah kita..
mempertingkatkan amal ibadah... 
dan juga memperbaiki mutu ibadah kita..
dengan niat dan tujuan yang ikhlas...
memohon keampunan kepada Allah s.w.t..
semoga pada malam lailatulqadar yang kita nantikan ini.. 
memberi seribu barakah...
dan kita mendapat keampunan.. 
disamping amalan kita diterima tuhan...
semoga esok kita dapat meneruskan perjalanan hidup ini..
dengan keredhaan-Nya...


p/s : salam ramdhan semua;)
marilah kita menghidupkan malam lailatulqadar!...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...